#JADIPERUBAHAN

English - Bahasa Indonesian - Bahasa Malaysian

Apakah persamaan antara barangan elektronik, fesyen, barangan sukan, filem, perisian, permainan dan mainan? Versi tiruan dan cetak rompak semakin galak dijual. Pengguna, pencipta dan perniagaan semua terjejas, jadi apa yang anda boleh lakukan?

Pengguna mempunyai kuasa untuk menentang ini dengan memilih untuk menyokong daya kreatif dan utamakan kualiti. Jangan beli barangan tiruan, jadi yang tulen. #JADIPERUBAHAN

Internet, telefon pinter, dan perkembangan e-dagang telah menzahirkan pelbagai jenis aliran positif. Peningkatan jualan dialu-alukan oleh penjual sementara akses atas talian 24 jam 7 hari seminggu kepada kedai dan jenama kegemaran dinikmati oleh pengguna sekarang. Walau bagaimanapun, ini telah membawa kepada perkembangan pesat dalam barangan tiruan dan pengeluaran semula haram kandungan digital di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara, di mana beberapa negara adalah antara ekonomi utama yang merupakan asal-usul untuk barangan tiruan dan kandungan digital cetak rompak1. Kala masalah ini diketengahkan dalam laporan OCED-EUIPO2, yang menunjukkan bagaimana pada tahun 2021 perdagangan barangan tiruan dan kandungan digital cetak rompak telah meningkat sebanyak 3.3% dalam dagangan dunia.

1 Misuse of E-Commerce for Trade in Counterfeits’ disediakan oleh OECD bersama Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada tahun 2021

2 Misuse of E-Commerce for Trade in Counterfeits’ disediakan oleh OECD bersama Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada tahun 2021

Perlindungan dan penguatkuasaan hak harta intelek (IPRs) yang betul menjadi jawapan kepada menterbalikkan fenomena merisaukan ini, tapi memahami punca dan meningkatkan kesedaran tentang efek dan ancamannya juga memainkan peranan.

Peningkatan nyata dalam pelanggaran IPR telah dilancarkan oleh kemunculan teknologi digital yang telah mengizinkan pengeluaran barangan kos rendah tetapi berkualiti tinggi dalam kuantiti yang tinggi. Contohnya di Kesatuan Eropah sahaja, dianggarkan kerugian sebanyak 8 bilion EUR dari Keluaran Dalam Negara Kasar setiap tahun disebabkan barangan tiruan dan cetak rompak. Insentif untuk melindungi IPRs banyak sekali kerana taraf hidup masyarakat, dan pada dasarnya rakyat, terkesan secara negatif.

Pada akhirnya, pengurangan perniagaan sah dan boleh di cukai akan menyebabkan kekurangan sumber hasil untuk perkhidmatan awal seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. Di Asia Tenggara, impak trend seluruh dunia ini dapat dirasai juga dan ini disebabkan oleh beberapa faktor penting.

Infrastruktur penguatkuasaan harta intelek yang efisien dan efektif diperlukan untuk memastikan pelaburan dalam inovasi tidak berkurangan dalam sesuatu kawasan kerana takut akan tiruan dan mengelak daripada pelanggaran IPR pada skala komersial yang menjejaskan ekonomi.

Lanjutan daripada jenama besar, industri kecil dan sederhana (SME) yang membentuk ekonomi tempatan turut terjejas. Mempertahankan rekaan, tanda dagangan atau hak cipta lebih sukar kerana tidak mempunyai kepakaran undang-undang untuk melawan pelanggaran, ini bermaksud penguatkuasaan efektif daripada penguat kuasa tempatan lebih dititikberatkan.

Kekurangan kesedaran antara pengguna berkenaan risiko yang terlibat juga menyumbang kepada peningkatan pelanggaran. COVID-19 telah mempercepatkan banyak perkembangan baru, mencetuskan tabiat dan tingkah laku baru pengguna yang telah merumitkan tugasan mengesan dan menghalang penyebaran barangan tiruan. Kawalan pergerakan dan bekerja dari rumah menyebabkan pengguna lebih bergantung pada penghantaran atas talian. Peningkatan besar dalam penghantaran pakej kecil oleh perkhidmatan pengiriman cepat menjadikan tugasan pihak berkuasa bertanggungjawab memeriksa setiap satu menjadi mustahil. Keadaan ini menyebabkan persekitaran yang sempurna untuk penjual tidak terkawal menggunakan pakej kecil untuk berdagang secara haram berbanding menggunakan pengiriman besar untuk barangan tiruan. Sebagai indikasi skala masalah ini, laporan Suruhanjaya Eropah tentang Penguatkuasaan kastam Kesatuan Eropah terhadap hak harta intelek menunjukkan bahawa perkhidmatan pengiriman cepat dan trafik pos menyumbang kepada 84% penahanan barangan tiruan secara am di Kesatuan Eropah.

Inovasi dan daya kreatif ialah tunjang ekonomi moden dan barangan tiruan dan cetak rompak mengalirkan keluar hasil yang patut diterima oleh pemilik sah. Membenarkan barangan tiruan berleluasa membuatkan inovasi tersentap dan membenarkan ekonomi jiran mendapat kelebihan bersaingan. Tapi bukan pemilik harta intelek sahaja yang terjejas daripada pelanggaran. Barangan tiruan biasanya berkualiti rendah, maksudnya pengguna juga kerugian. Pelanggaran kandungan boleh menyebabkan ia tidak menguntungkan untuk pereka kandungan terus mengeluarkan bahan baru, justeru mengurangkan penawaran kandungan atas talian.

Selanjutnya dari isu kualiti dan pilihan, risiko terhadap kesihatan juga satu kebimbangan. Contohnya bahan kosmetik tiruan. Dengan industri bernilai lebih $500 bilion secara global, sektor ini pesat dan ramai syarikat sah berjaya menambat kepercayaan pengguna yang sanggup menyumbang kepada imej peribadi mereka dengan membeli jenama tertentu. Tapi, adakah pengguna sanggup bayar jika mereka sedar bahawa mereka tidak selalu dapat barangan tulen tapi sebaliknya barangan tiruan? Bagaimana jika kos sesetengah produk bukan sahaja daripada segi kewangan, dan kesihatan dan keselamatan mereka turut terjejas?

Barangan kosmetik dan kecantikan tiruan ingin mengaut keuntungan dari jenama terkenal, yang mana telah daftarkan tanda dagangan mereka telah didaftarkan mengikut undang-undang harta intelek. Ini dapat dilakukan dengan meniru logo dan jenama, berserta pembungkusan, demi menipu pengguna. Tapi perbezaannya bukan setakat itu sahaja. Produk ini, yang tidak melalui proses pengawalaturan yang produk sah lalui untuk memastikan pematuhan piawai keselamatan dan produk, boleh jadi substandard and mungkin mengandungi bahan berbahaya. Tanpa pengetahuan pengguna mungkin beli produk tertentu untuk melindungi kulit mereka, tapi sebenarnya, mereka boleh menyebabkan kerosakan kekal pada diri sendiri.

Rakyat dan pengguna boleh memainkan peranan dalam melawan cetak rompak dan pelanggaran kandungan. Langkah asas seperti memeriksa asal-usul produk atau mencari setem pihak berkuasa membantu, begitu dengan peningkatan kesedaran akan kewujudannya. Ketika menyokong hasil kerja artis atau pereka kandungan kegemaran anda, pastikan anda mengikuti akaun rasmi mereka dan cuba mengelak dari mengongsi kandungan jika anda tidak yakin akan asal-usul dan ketulenannya.

Mari terus menyokong idea besar, bijak dan berani. Jangan beli barangan tiruan, jadi yang tulen. #JADIPERUBAHAN